Friday, July 30, 2010
   
Text Size

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Upcoming events

There are no events at this time

Webmail SMKSM

Email:
e.g:myemail@smksm.net
Password:

Laman Web Rasmi SMK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2010

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 16 Julai hingga 18 Julai 2010 bertempat di Kem Damai. Seramai 218 orang peserta daripada 12 pasukan unit beruniform telah mengikuti perkhemahan ini yang merupakan program dwi-tahunan bagi sekolah SMK Seri Mahkota. 
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan bantuan tenaga fasilitator yang terdiri daripada alumni SMK Seri Damai. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan memasak ikhtiar hidup, merempuh halangan, pertandingan kawad kaki, pertandingan malam kebudayaan dan ceramah pertolongan cemas.

Beberapa aktiviti sampingan yang tidak kurang pentingnya turut dijalankan seperti kuliah subuh, ice-breaking, aktiviti burung hantu dan lain-lain lagi. Program kali ini dianggap paling berjaya diadakan walaupun diadakan di sebuah tapak perkhemahan yang agak baru. Walaupun tapak perkhemahan ini baru sahaja 3 tahun dibuka, kemudahan untuk aktiviti perkhemahan dianggap setanding dengan tapak-tapak perkhemahan yang lebih lama daripadanya. Tahniah kepada pengurusan PIBG dan alumni SMK Seri Damai. Pihak SMK Seri Mahkota mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Maklumat selanjutnya akan dikemaskini beserta dengan gambar-gambar kenangan untuk tatapan semua. Sekian, dilaporkan.

 

Temuduga terbuka ke Universiti Antarabangsa Al-Bukhrary

Satu temuduga terbuka kepada lepasan SPM yang belum berumur 23 tahun dijemput menghadiri temuduga terbuka bagi kemasukan ke Universiti Antarabangsa Albukhrary. Sila rujuk maklumat berikut:

Tarikh:
6 July 2010

Tempat:
SMK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang
km12, Jalan Gambang

Masa:
8.00 pagi

Kelayakan:

Universities generally recruit students who have a record of commendable performance in the high school. Applicant must have a minimum of 5 credits inclusive of in Mathematics, Science and English in Malaysian SPM or GCE 'O' level or equivalent qualifications

General criteria:
a. Good academic standing.
b. Poor family background and in a poor country. Preference may be given to orphans.
c. Student is from a war-torn country.
d. Student is from an oppressed Muslim minority country.
e. Single and does not exceed 22 years of age.
f. Willing to obey rules and regulations of the university.
g. Physically and mentally healthy.

 

Universiti Antarabangsa Albukhary menawarkan program asasi Sains dan Asasi Perniagaan (Bussiness) yang akan mula menerima kamasukan pertama pada Januari 2011. Pelajar-pelajar yang berjaya diterima masuk akan ditawarkan biasiswa penuh oleh pihak universiti. Selepas kursus asasi, pelajar-pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam 4 kursus ijazah pertama iaitu ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan, ijazah sarjana muda perakuanan, ijazah sarjana muda sains komputer (Perisian) dan ijazah sarjana muda sains komputer (Rangkaian).

 

 

PERUTUSAN DAN UCAPAN SEMPENA HARI GURU 2010

 


Ucapan TPM di Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di UMP pada 16 Mei 2010


Perutusan KPPM Sempena Hari Guru 2010

 

   

Laman web SMKSM breakdown

Salam sejatera,

Laman web SMKSM telah mengalami masalah serius yang tidak dapat diketahui punca. Maka ia telah digantung untuk lawatan umum sejak hampir 2 bulan yang lalu. Beberapa punca yang mungkin adalah masalah setting dalam hosting, kelemahan joomla dan kemungkinan hacking. Pihak admin sedaya upaya mengembalikan laman web ini dengan memindahkan semua kandungan laman web dan database ke hosting baru. Daripada pengalaman ini, beberapa ilmu dan kemahiran baru diperolehi. Itulah hikmah yang diperolehi oleh pihak admin terutama dalam proses memindahkan data/file daripada satu hosting ke hosting baru, memindahkan database dll. Masalah selesai pada 27 Jun 2010. Harap maklum.

 

Pendaftaran Ahli Alumni dibuka sekarang

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Kepada semua bekas pelajar SMK Seri Mahkota, anda dialu-alukan mendaftar sebagai ahli Alunmi SMK Seri Mahkota sekarang. Untuk pendaftaran sila klik di sini.

   

Page 1 of 4

Visitors counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday33
mod_vvisit_counterYesterday208
mod_vvisit_counterAll343444

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 38.107.191.86
,
Now is: 2010-07-31 05:49

Lokasi pelawat

Soal Selidik Pengguna

Siapa anda?

Radio Malaysia

Waktu Solat

PMR Countdown

Count to
October 6, 2010, 8:00 am
Time left
67 days
2 hours
10 minutes

SPM Countdown

Count to
November 22, 2010, 8:00 am
Time left
114 days
2 hours
10 minutes

STPM Countdown

Count to
November 22, 2010, 8:00 am
Time left
114 days
2 hours
10 minutes
Restore Default Settings