Laman Web Rasmi SMK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Perpindahan
Written by Administrator Sunday, 16 January 2011 08:00
Guru SMKSM: Kutipan alamat email
Written by Administrator Saturday, 15 January 2011 16:54
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Pihak pentadbiran SMKSM sedang berusaha meningkatkan sistem penyampaian (Delivery system) dari masa ke masa. Dengan itu, pihak kami memerlukan maklumat alamat email guru-guru bagi memudahkan dan mempercepatkan pemyampaian maklumat. Sekian.
48,500 tempat untuk lepasan SPM di IPTA
Last Updated on Saturday, 15 January 2011 15:09 Written by Administrator Saturday, 15 January 2011 14:59
1 ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Keputusan PMR 2010
Last Updated on Saturday, 01 January 2011 03:30 Written by Administrator Monday, 27 December 2010 20:51
Kuantan 23 Disember 2010 - Keputusan PMR 2010 telah diumumkan oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Abdul Khalil bin Sham. Seramai 334 orang calon telah menduduki peperiksan PMR pada bulan September yang lalu. Penca3paian keseluruhan menunjukkan peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti yang mana peratus pelajar yang lulus dalam semua mata pelajaran ialah 64.37% berbanding 60.61% pada tahun sebelumnya. Gred Purata Sekolah (GPS) turut berjaya diperbaiki apabila mencatatkan GPS 2.91 lebih baik berbanding tahun 2009.
Isu Bebanan Tugas Guru
Last Updated on Thursday, 30 December 2010 23:02 Written by Administrator Monday, 13 December 2010 06:54
Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
More Articles...
Page 1 of 5













