Laman Web Rasmi SMK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma
Written by Administrator Thursday, 11 March 2010 23:49
Keputuasan SPM 2009 telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat \berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.
Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi lepasan SPM
Last Updated on Thursday, 11 March 2010 23:47 Written by Administrator Thursday, 11 March 2010 23:43
Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.
Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.
Read more: Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi lepasan SPM
Keputusan PMR 2009
Last Updated on Sunday, 03 January 2010 14:12 Written by Administrator Sunday, 03 January 2010 12:16
Keputusan PMR telah diumumkan pada 24 Disember 2009 yang lalu di semua sekolah seluruh negara. Di SMK Seri Mahkota, keputusan diumumkan pada pukul 11.30 pagi secara rasmi oleh Tuan Pengetua di Dewan sekolah. Seramai 396 orang calon PMR telah menduduki peperiksaan pada Oktober yang lalu.

Warga SMKSM: Jasamu dikenang
Last Updated on Friday, 18 December 2009 07:02 Written by Administrator Saturday, 21 November 2009 08:21
Kami warga SMK Seri Mahkota, Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru-guru yang akan berpindah ke sekolah baru.
1. Cikgu Rosadah bt Abd Rashid akan bertugas di kampung halaman di Kedah
2. Cikgu Norizah bt Ahmad juga akan bertugas di kampung halaman di Kedah
3. Cikgu Kamal Shaari akan bertugas di Malaysia Timur Sabah
4. Cikgu Hassan Wagimin akan bertugas di kampung halaman di Johor
5. Cikgu Suhaina akan bertugas di kampung halaman di Terengganu
6. Cikgu Noraniza Yusof akan bertugas di kampung halaman di Kedah.
Latest updated on 23rd November, Hearsay :Two more our teachers will transfer to other school in Kuantan district. .
Selamat bertugas di sekolah baru. Kenang Seri Mahkota selalu.
Pengiraan merit ke IPTA guna gred baru mulai tahun depan
Last Updated on Thursday, 04 March 2010 20:08 Written by Administrator Friday, 30 October 2009 17:03
PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .
Read more: Pengiraan merit ke IPTA guna gred baru mulai tahun depan
More Articles...
Page 3 of 4












