Sunday, September 05, 2010
   
Text Size

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Upcoming events

There are no events at this time

Webmail SMKSM

Email:
e.g:myemail@smksm.net
Password:

Panorama SMKSM

Laman Web Rasmi SMK Seri Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Pendaftaran Ahli Alumni dibuka sekarang

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Kepada semua bekas pelajar SMK Seri Mahkota, anda dialu-alukan mendaftar sebagai ahli Alunmi SMK Seri Mahkota sekarang. Untuk pendaftaran sila klik di sini.

 

Semak Tawaran ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010

Semak Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2010. Tahniah kepada yang berjaya.

 

Program Merubah Destini Anak Bangsa UiTM Pahang

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia, Bumiputera sahaja serta berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh keputusan SPM dikeluarkan.

SYARAT AM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat 4 kepujian (C keatas) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

SYARAT KHAS PROGRAM

1. Program Pra Diploma Perdagangan (PD003)

- Lulus Matematik/Matematik Tambahan
- Lulus Bahasa Inggeris

2. Program Pra Diploma Sains (PD008)

-Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
DAN
-Lulus Bahasa Inggeris
SERTA
-Lulus SATU (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:

* Fizik
*Kimia
*Biologi
*Sains Tambahan

Kepada bekas pelajar SMK Seri Mahkota yang berminat, borang Pemohonan boleh dimuat turun sekarang di sini atau walk-in Unit Kaunseling SMK Seri Mahkota untuk maklumat lanjut. Borang yang telah dilengkapkan boleh dihantar kepada pihak UiTM Cawangan Kuantan atau kepada Unit Kaunseling SMK Seri Mahkota. Sekian Terima kasih.

   

Pemohonan secara online IPTA, Politeknik, dll

1. Permohonan UPU (bagi kursus Diploma dan Asasi di IPTA)

**Untuk rujukan berkaitan syarat-syarat kemasukan program melalui UPU, sila klik di sini.

2. Permohonan Politeknik (guna Internet Explorer shj)

3. Permohonan JPA & Mara untuk lepasan SPM 2009 (9A ke atas sahaja)

4. Permohonan Program Sijil Kolej Komuniti

5. Kolej Shahputra (Kolej swasta)

 

Keputusan SPM 2009 Meningkat

Assalamualaikum w.b.t,

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan oleh Tuan Pengetua Tn. Hj. Khalil b Sham tepat jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Menurut beliau, keputusan SPM 2009 telah meningkat secara keseluruhannya dengan nilai GPS 5.92 manakala peratus calon Layak Mendapat Sijil (LMS) meningkat kepada 90.26%. Keputusan ini adalah yang terbaik dan menghampiri keputusan SPM tahun 2004.

Walau bagaimanapun, bilangan calon cemerlang telah menurun dengan hanya seorang calon memperolehi 8A 2B (5A+, 2A, 1A-, 1B+ dan 1B) iaitu Nurul Atiyah binti Ripin.

Sebanyak 13 subjek yang mencatatkan peningkatan kualiti GPS iaitu, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam, Perdagangan, Sains Pertanian, Landskap & Nurseri, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Seni, Sains Sukan, EST dan Bahasa Tamil.

Pihak pentadbir SMK Seri Mahkota mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan jutaan terima kasih di atas usaha gigih para guru-guru SMK Seri Mahkota.

p/s: Pihak webmaster mendoakan SPM 2010 akan menghasilkan keputusan yang lebih cemerlang. Marilah sama-sama kita berganding tangan bersama-sama dalam memastikan kejayaan tercipta. Usahlah kita menuding jari kepada pihak lain apabila kegagalan menguji kita. Seharusnya, kita sama-sama berusaha dalam memperjuangkan masa depan anak-anak didik yang kita kasihi.

   

Page 2 of 4

Visitors counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday231
mod_vvisit_counterYesterday220
mod_vvisit_counterAll351947

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 38.107.191.86
,
Now is: 2010-09-05 23:58

Lokasi pelawat

Bicara SMKSM


Soal Selidik Pengguna

Siapa anda?

Radio Malaysia

Waktu Solat

PMR Countdown

Count to
October 6, 2010, 8:00 am
Time left
30 days
8 hours
1 minutes

SPM Countdown

Count to
November 22, 2010, 8:00 am
Time left
77 days
8 hours
1 minutes

STPM Countdown

Count to
November 22, 2010, 8:00 am
Time left
77 days
8 hours
1 minutes
Restore Default Settings