Visi & Misi
Last Updated on Sunday, 13 September 2009 07:48 Written by Administrator Sunday, 13 September 2009 07:34
VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Sekolah Berkesan Menjelang 2010
MISI SEKOLAH
Untuk mencapai visi, SMKSM akan memastikan misi berikut dicapai dengan jayanya.
- Merealisasikan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan dengan mengamalkan pengurusan sifar kecacatan.
- Meningkatkan prestasi pelajar di dalam semua mata pelajaran yang dipelajari berlandaskan program PKKP.
- Meningkatkan mutu displin ke arah pembelajaran berkesan dengan mengadakan program-program berkesan dalam suasana yang sesuai.
- Meningkatkan prestasi kokurikulum melalui perancangan dan latihan yang sistematik dan effisien.
- Meningkatkan fizikal, keceriaan, kebersihan dan kesihatan sekolah dengan menyediakan dan melaksanakan pelan induk landskap, mural dan naik taraf / baik pulih bangunan.
MATLAMAT SEKOLAH
Sekolah berhasrat meningkatkan prestasi kelulusan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM di samping membentuk bakat kepimpinan dan sahsiah mulia di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Pencapaian matlamat ini diransang oleh kecekapan hal ehwal pelajar dan keceriaan serta fizikal yang cemerlang.
BUDAYA SEKOLAH
|
|
|
|
|
|
|
|
PIAGAM PELANGGAN
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota berikrar akan:
1. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang selesa, bersih, indah, riang dan selamat.
2. Mementingkan kecemerlangan menyeluruh (total excellent) dari segi akademik, kokurikulum, moral, agama, disiplin, sikap dan kepimpinan.
3. Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
4. Melahirkan insan yang seimbang melalui pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
5. Mewujudkan suasana pergaulan yang harmonis dalam kalangan pelajar dan menjalin hubungan yang akrab antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekitar.












