Program Merubah Destini Anak Bangsa UiTM Pahang
Last Updated on Saturday, 10 April 2010 19:28 Written by Administrator Friday, 09 April 2010 20:16

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia, Bumiputera sahaja serta berumur 16 tahun dan ke atas pada tarikh keputusan SPM dikeluarkan.
SYARAT AM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat 4 kepujian (C keatas) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Program Pra Diploma Perdagangan (PD003)
- Lulus Matematik/Matematik Tambahan
- Lulus Bahasa Inggeris
2. Program Pra Diploma Sains (PD008)
-Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
DAN
-Lulus Bahasa Inggeris
SERTA
-Lulus SATU (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
* Fizik
*Kimia
*Biologi
*Sains Tambahan
Kepada bekas pelajar SMK Seri Mahkota yang berminat, borang Pemohonan boleh dimuat turun sekarang di sini atau walk-in Unit Kaunseling SMK Seri Mahkota untuk maklumat lanjut. Borang yang telah dilengkapkan boleh dihantar kepada pihak UiTM Cawangan Kuantan atau kepada Unit Kaunseling SMK Seri Mahkota. Sekian Terima kasih.











